Thursday, February 24, 2011

pepatah yang salah

Masa itu Emas
-Kenapa masa dibandingkan dengan emas sedangkan keciciran emas boleh
 dikutip. Tapi masa? Boleh ke dikutip? Teeeettttt!!!!wrongggg
Bagai isi dan kuku
-Kalau yg tadek tangan & kaki(kudung) mcm mane? cuba bg peribahasa nii depan diorang.
Tak ke kecik aty diorang?
Kaki ayam
-tak pakai selipar/kasut je kaki ayam. abes siput pakai kasut plak?
Mat Salleh
-panggil orang putih MAT SALLEH. Gila ke?
Biar lambat asalkan selamat.
-Aku pergi kerja lambat tak pernah pom selamat. Apa kes?
Bola itu bulat
-Tak pernah tgk bola rugby kot?
Hidup bagaikan Roda. Kadang2 di atas kadang2 dibawah
-Roda apa kat atas?
Mana tak tumpah kuah kalau bukan pada nasi
- Kuah reti gk tumpah kat roti canai banjir.
Pening-pening Lalat
-Semut pening lain eh?
Hangat-hangat tahi ayam.
-Mesti org yang buat pepatah ni pakar tahi kan?
Banyak tahi dia pegang. Tahi dia mesti sesejuk ais krim.
Tangan Panjang
-Tangan panjang suka mencuri? Abes? Tangan pendek x mencurik?
Buaya Darat/Playboy
-Kenapa Buaya???Kenapa????!!!!!
Berat Punggung/Pemalas
-Rikishi punggung besar tapi rajin naik pentas dan bergaduh.

Hishhh..kalo na diteroka.Banyak lagi yang aku sangsi dengan tahap seni perbandingan Bahasa Melayu.
Mungkin digunakan sejak Zaman Kuno kot? Siapa yang peka tahulah. Yang tak peka na buat macam mana.
Kamus Dewan Bahasa jelah yang makin tebal dan wajib bawa masa kelas BM.

PADU

Sunday, February 20, 2011

Street selling Propaganda





Aku mula mendapat ilham untuk meneruskan usaha seni aku yg membuatkan para guru yang mengajar subjek BM lebih membenci aku. Street Art. tapi dalam seni tiada erti mengaku kalah. Lepaskan yg terpendam sampai bentuk hati melengkung senyum. Apa isi hati aku sebenar na ucapkan bukan untuk mnjadi model negatif kepada anak siapa2. Yang mengurniakan bakat bukanlah ibubapa mahupun bomoh tetapi tuhan. Kenapa tuhan kurniakan bakat kepada hambaNya? Mestilah untuk mempamerkan bakat kepada yang tidak berbakat. Tapi biasalah dunia. Ada saja yang nak menyekat. Jadi siapa yang harus memperjuangkan seni?

MAZLAN: KITALAH!
BLOGGER: Eh sape ko nii?
MAZLAN: SAYA MAZLAN
BLOGGER: (-(00)-) (huh?)

-Siapakah lelaki misteri tu?
-Mazlan namanya. Adakah Virus terbaru 2011??
-Dia...Dia...Berupaya memasuki blog aku tanpa log in
-HE...HE...HEBAT!!!!

*Maaf. Blog tidak dapat diteruskan dek gangguan.
Saya Mazlan. Hahaha
Argggghhhhhhhh!!!!!!

 

Friday, February 18, 2011

no Z if A doesn't exist.

Ramai yang na berjaya atas dunia nii. org gila pom na berjaya. berjaya untuk teros makan, n teros hidop. OK. berhenti bercakap pasal org gila. BERJAYA? mudah untuk mulut berkata tapi sanggupkah otak, badan dan kaki tangan kamu utk usahakannya?BELOM TENTU. sebab sestengah orang tidak mendalami apa yg mereka ucapkan. apa yg mereka kata hanyalah perkataan yg datang dari kepala teros ke mulot. apa yang mereka lupa?

>imbas kembali semasa manusia berumur 7 tahun.
GURU : Bustaman.apa cita cita  kamu?
MURID : Saya na jadi doktor

Mereka lupa mereka perlukan HATI! Jika tidak, apa yg kamu ucapkan samalah dengan  Bustaman. Tahu ke budak tu  apa tu doktor? Aku 10000% confirm dia ttaw.sbb aku yg reka watak Bustaman. so, aku boleh tulis apa-apa.agagaga Kembali kepada jalan yg harus anda lalui untuk berjaya.
-Kesusahan untuk mencari ilmu
-Masa untuk mengkaji bidang yg kita minati
-Berusaha sehingga tercapai.
-Merelakan diri untuk dikritik
-Jgn berlagak dengan apa yg dicapai (F88k lah!)
-Menjadikan idola untuk berjaya
-Jangan bandingkan diri anda yg entah sapa2 tu dengan idola anda
-A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
-Ikutlah sequence hidop. Pasti akan tercapai hasrat korang.

saranan diatas ialah antara saranan yg diberi oleh seorang pak cik yg sgt berjaya dengan bisnesnya dan seorang jutawan." Aku na capai apa yang aku buat sekaran perlukan masa, pengorbanan, kena hina kt org pom ada, penat toksah cakap la dan macam macam lagi. Sampai na bunuh diri pom ada." BERJAYA. mudah ke?


Welcome To Our Organization( New Mens Revealed)

LAM HOU YEAH
(ZULKIFFLIE RODZLI PHOTOWORK)

Thursday, February 17, 2011

start from zero then you cant say no


Yaw!Ni bukan aku na review pasal hiburan. Tapi Beck merupakan antara titik tolak bagi aku untuk meneruskan usaha dalam apa yg aku susah susahkan sekarang. Beck merupakan cerita asal daripada sebuah manga yg bertajuk sama. Kalo ada sesapa yg dah beli cd nii. mmg f88k ah! Cerita yg bermula daripada watak utama yg ttaw apa dalam muzik. tapi dengan tekad si watak utama berjaya mmbuat show yg omputeh sendiri appreciate! Itulah inspirasi aku! Start from zero then you cant say no to everything! Kepada para2 guru. janganlah kamu memandang rendah kepada murid kamu yg kamu anggap ta berguna. guru oh guru!lemahnya pemikiran anda! kalau rasa pedas.terimalah. Bukan na mengata. Kami golongan seni perlukan sokongan komuniti. MINDSET. aku nii jenis yg lebih menegakkan apa yg dibuat. Aku suka mencari kelebihan orang untuk dibawa ke tengah dengan harapan..........

ANAK : Besarnya rumah kawan abah. Kereta pom banyak. Merc...BMW..
ABAH  : (........)(sial kau anak!)

.....KEJADIAN INI TAK JADI!

PADU!

x_periment

Hari ini merupakan satu lagi titik tolak bagi aku untuk terus berkarya. Aku merasakan game? merlukan satu trademark ataupun tagline yg menarik untuk dikongsi bg melebarkan jurang karya2 termpatan yg terdapat di Malaysia. Tapi semua itu memerlukan masa dan aku sedang mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan satu tapak untuk remaja2 di luar sana menceburkan diri dalam bidang design. Tidak lupa juga kepada Zulkifflie Rodzli Photowork yg kian berkembang dan terus mendapat job ahha. Berusahalah kawan. Sebenarnya kami masih memerlukan ruang untuk mereka satu blog yg sesuai dengan citarasa kami. Aku pom ta sempat beb. ni nseb bek ada celah jee aku rajin2. Header kedua dah aku siapkan. Tadelah cantik mana tapi ini untuk mengelakkan betapa jelasnya kami tidak peduli blog kami.ahhhaah Jadi aku pom ambil inisiatif ini untuk mereka satu header yg simple. Semoga apa yg kami buat dan agung-agungkan ini mendapat perhatian ibu bapa dan masyarakat supaya lebih terbuka dalam memilih bidang masing2.(ecehh)


PADU!

Monday, February 14, 2011

plain,

sudah jelas waktu dan usia aku makin meningkat.tak pernah terfikir aku akn menghabiskan tahun ke 20 aku dengan kawan2 dan makhluk2 baru bernama bos dan gaji. Entah kenapa tiba2 aku rasa na menulis. mungkin sebab mata aku cargas di depan awek baru aku yg dipanggil desktop. Sedar tak sedar dah na masuk 4 bulan aku kt selayang nii. na menangis pom ada mungkin sbb dgr lagu nii sambil typing.hha (venus infers_London's Raining). Aku rasa aku da mula taw mcm mana susahnya jd pelakon atas pentas dunia nii. Skrip takdir aku ditulis daripada seorang budak2 yang tak dipandang keluarga2 lain(0-12 tahun). Sehinggalah aku dibanggakan mereka2 itu dan menjadi perbandingan anak-anak mereka.(12-18 tahun). Disebabkan terlalu taksub dengan pujian aku kembali jatuh pada mata mereka sehingga saat aku menulis huruf terakhir ayat nii. Tiada apa yang berkekalan, Itulah apa yang pengarah aku (Allah) cuba na sampaikan. Tapi hidup mesti diteruskan. Kayuhan penamat masih jauh lagi. Aku dilahirkan untuk terus berdiri di atas kepala kejatuhan.
    Bagi aku mengejar matlamat hidup tak bermakna kita betul2 inginkannya. Banyak yang perlu ak korbankan. Masa remaja dengan gelak ketawa(enjoy). menghabiskan masa dengan melepak. Itulah remaja. Tapi aku tidak dapat menikmati semua itu dengan jangka masa yg lama. Ini disebabkan aku ingin kembalikan reputasi aku pada mata mereka yg memandang aku sebelah mata. Aku dilahirkan untuk terus berdiri di atas kepala kejatuhan. That's why. Dont ask so damn much quote. Adakah aku menyukainya? TIDAK. Tapi matlamat aku sekarang sudah tidak sama mcm dulu lagi. Bukan semata-mata untuk kekayaan. Selepas berhenti kolej, aku byk berfikir. Apa yg aku inginkan sebenarnya. Jawapannya mmerlukan masa. apa yg aku dapat ialah KEBAHAGIAAN. Susah bagi aku utk mengekalkannya. Kebahagiaan perlukan perkongsian. Part inilah yang aku selalu FAIL. aku gagal disebabkan ego lelaki yg kuat sehingga aku mengenepikan org yang aku cintai. Aku terlalu menyalahkan mereka dalam hal peribadi sehingga aku lupa aku lebih mementingkan matlamat kekayaan daripada jiwa mereka. Maafkan aku terutama sekali kepada NurEisya walaupun aku taw dia ta baca baris2 yg aku tulis nii. Dialah gadis pertama yg berjaya melengkapkan hidup aku. Terlalu lambat untuk aku berkongsi cerita dengannya. Terlalu terlalu lambat. Tapi dalam hati aku berharap sangat yg dia akn bahagia dalam hidup. Sayonara Eisya. Cerita tentang kamu aku da lupuskan  sekarang.

   Mulai sekarang, aku harus menerbitkan buku baru. Buku lama sudah terlalu tebal untuk aku tulis. Cerita didalamnya juga penuh dengan dakwat warna warni. aku sudah melangkah kehadapan. Tiada lagi penyesalan. Tidak perlu lagi untuk menoleh kebelakang. Hiraukan yang lain. Terus ke hadapan!


*PERHATIAN
MUSUH 1 : Tak payohla ekau na susah2 caie kojo aasim. lepak ajo kt umah.
MUSUH 2 : Berjudila aasim. Cepat sikit kaya. dapat bank in byk sikit kat mak bapak kau. Bangga dioghang.
MUSUH 3 : Hang pnat2 keje pasai apa? Jadi anak ikan datin macam aku. Semua support. modal beli kondom  je
aasim        : Jangan sampai aku pijak ludah muka korang.