Monday, March 14, 2011

9 bulan





"Andai kata aku diberi kelebihan, akanku tanggung dan pikul dosamu Wahai Ibu"

Dikala diri anak ditiup roh ke dalam badannya, bermulalah segala takdir yang
menentukan arah tuju hidupnya. 9 bulan ibu membawa anaknya ke sana ke mari dengan
harapan bahwa si anak dapat juga membawa dan memimpin tangan mereka sehingga akhir
hayat. tetapi mampukah anak itu meneruskan cita cita ibu mereka?

Wahai anak...Dengarlah...


Dikala anak kesakitan..
Ibulah yang membawa penawar...


Dikala ibu kesakitan...
anak entah dimana...


Dikala anak berjauhan...
Ibu tidak lekang telefon memanggil kebimbangan...


Dikala ibu berjauhan...
anak sibuk membawa teman ke bilik...


Dikala anak lapar...
Ibu rela mengikat perut untuk kekenyangan anak...


Dikala anak boros berbelanja wang...
Ibu rela menyimpan wang untuk menampung anak...


Dikala saat tuhan perkenalkan ajal....
Barulah anak sedar bahawa ibu itu 'Satu'.....

Ibu, pabila terkenangkan ibu anak terasa begitu sayu mengenangkan pengorbananmu
walhal aku tetap memalingkan muka daripada ibu. Kenapa aku tidak mampu memberikan
ibu satu senyuman yang membanggakanmu? Kenapa anak tidak mampu membalas jasamu
walaupun hanya sekecil zarah? Sudah 20 tahun anak mengenali mu. Tetapi apakah yang
anak boleh lakukan padamu ibu di dunia ini?

Si anak mula merasa bahwa hidup di dunia ini sementara, sama ada maut akan
memanggil si anak atau juga si ibu. Anak mula merasakan sangat sangat ingin
memelukmu wahai ibu. Bukan kerana masalah. Tetapi kerana anak tidak pernah
berasa begitu gelisah. Tiada siapa yang dapat melegakan hatiku kecuali ibu.
Tuhan. Terima kasih kerana mengurniakan aku seorang ibu yang betul-betul bersifat
keibuan.

Ya Allah.
"Andai kata aku diberi kelebihan, akanku tanggung dan pikul segala dosamu Wahai Ibu"
Tolonglah kurniakan aku kelebihan ini.
Tolonglah jadikan aku pengiring ibu ke syurga walaupun aku akn dihumban ke neraka.
Aku hambamu yang lemah. Sering kali melakukan dosa terus dan terus melakukan
dosa.
Tapi benarkan suara rayuanku menolak dosa dosaku buat sementara kerna
rayuan ini bukanlah untukku. Tetapi buat ibu.

Ya Allah.
Luruhkanlah dosa ibu ke atas diriku. Biarlah aku yang menampungnya kerana hanya ini
yang aku mampu untuk membalas secebis daripada pengorbanannya ke atasku dan aku
merayu supaya dikau tuhanku melupuskan segala ingatannya pabila di syurga
mengenai anak supaya ibu tidak menangis kesedihan mengetahui anak memanggil
manggil nama ibu di neraka.

Tetapi.....
Jika Kau memilih anak yang pergi dulu, hadirkanlah petikan petikan yang aku tulis ini
ke dalam mimpinya supaya ibu juga tahu bahawa anak sangat sangat menyayangi ibu
....................
Maaf........

No comments:

Post a Comment