Tuesday, March 1, 2011

konspirasi duit



        Apa maksud duit?Bila duit mula digunakan?Terfikirkah korang semua nihh?Ok apa yang aku na illusikan disini ialah kenapa manusia begitu kejarkan duit sehingga sanggup menggadai nyawa manusia sekeliling dan diri sendiri. Bagi rakyat Islam, kita tahu bahawa dulu kala zaman Nabi menggunakan emas, perak dan kaum2 keras sepertinya untuk dijadikan pertukaran dalam pembelian. Bagi  aku tak kisah la sebab dulu pakai emas beb. Emas ni dijadikan tuhan secara semula jadi. Nilai emas ditentukan dengan berat. Tapi yang aku confuse bile sampai part duit ataupun juga dipanggil wang kertas. Kenapa manusia sanggup menukar pembelian dengan kertas? Na dapatkan kereta guna kertas. Na dapatkan rumah guna kertas. Begitu tinggikah nilai kertas tu? Mungkin ada juga yang berkata mcm ni.

Sang Berkata : Weh, kertas pom tuhan cipta jugak laaaa. Apa beza emas dengan kertas. Bodoh!

Cehh. Mulut kau tu ta lama lagi naik ke dahi jugak kena tangan aku jp g Sang Berkata. Lebih lebih pulak kau. Ok aku sambung. Sememangnya kertas juga dicipta secara semula jadi. Aku akui itu. Tapi, cuba kita kaji dengan lebih dalam apa yg membezakan duit dengan kertas. Cuba fikirkan sejenak. Jawapannya ialah KOD. Inilah sebenarnya topik yang aku na bgtaw.DUIT(KOD). Siapa yang cipta duit? Cuba korang google dapat tak? KOD KOD inilah sebenarnya yang mahal bagi aku. Bukan kertas tersebut. Siapa yang cipta KOD tersebut? Tentu sekalilah MANUSIA. Siapa yang mngawal KOD KOD tersebut? Tentu sekalilah MANUSIA. Di sini kita dapat lihat betapa bodohnya kita yang selalu pentingkan DUIT dan pencipta DUIT telah berjaya porak perandakan kaum manusia yang lemah. Kaum kaum lemah yang aku maksudkan ialah seperti manusia2 yang main saham, bergaduh pasal harta, merompak, mencuri dan sbgnya. Manusia yang paling berkuasa di dunia ini tentulah pemerhati duit di BANK DUNIA. Bukan Bill Gates ke sape2 ke. Sebab Bill Gates juga hamba duit. Betul x?

         Aku tidak boleh bercerita panjang. Aku cuma mahu korang dan aku sendiri berfikir sama ada kita hamba duit ataupun hamba Allah. Aku sendiri pun belum cukup kuat untuk jawab soalan nii. Sekarang barulah aku faham kenapa Allah mengharamkan kita terlalu mengejar dunia. Ia adalah supaya kita tidak menjadi hamba dunia kerana dunia dicipta untuk manusia dan manusialah yang mngawal arusnya. Sebagai peringatan, hidup kita ibarat sebuah GAME. Adakah kita ini watak yang dikawal dalam GAME tersebut ataupun kita yang mengawal watak GAME itu. Siapakah watak dalam dunia nii? Tentulah hamba hamba duit mcm yg aku mention td. Tapi siapa pula yang mengawal dunia niii?

ENTAH..

1 comment: